amalan sunah bulan Muharram:
- Berpuasa. Maksud Hadis:
Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama
berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam
bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya
pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
- Banyakkan amal ibadat
seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
- Berdoa akhir tahun pada hari
terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
- Berdoa awal tahun pada 1
Muharram selepas Maghrib 3X
Empat
belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
|
- Melapangkan masa/belanja
anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
- Memuliakan fakir miskin.
Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
- Menahan marah. Fadilatnya –
Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
- Menunjukkan orang sesat.
Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
- Menyapu/mengusap kepala anak
yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi
tiap-tiap rambut yang disapunya.
- Bersedekah. Fadilatnya –
Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang
tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti
bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
- Memelihara kehormatan diri.
Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya
keimanan.
- Mandi Sunat. Fadilatnya –
Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi
sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
- Bercelak. Fadilatnya – Tidak
akan sakit mata pada tahun itu.
- Membaca Qulhuwallah hingga
akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan
rahmah di akhirat nanti.
- Sembahyang sunat empat
rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah
berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku
sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada
rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
- Membaca “has biallahhu wa
nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati
pada tahun ini.
- Menjamu orang berbuka puasa.
Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka
puasa.
Sumber hadistnya bang???
BalasHapus